Monday, 3 September 2018

Assalamualikum & Selamat pagi

Hai semua, hari ini saya ingin kongsi bersama satu menu minum petang bersama keluarga.


Keropok Lekor

Semua tahu kan, Negeri Terengganu memang terkenal dengan satu menu yang memang membuka selera semua lapisan masyarakat. Rasa tidak lengkap kalau kata ke Terengganu tetapi tidak membeli buah tangan keropok lekor untuk rakan taulan dan jiran tetangga. Tetapi kini pasaran keropok lekor cukup meluas dan boleh didapati di mana sahaja walaupun kita tidak mengunjungi Kuala Terengganu. Produk IKS ini telah meluas melangkaui dunia Eropah dan dengan teknologi sekarang keropok lekor juga dapat dihasilkan dengan cepat, mudah dan banyak.Kini Keropok Lekor sejuk beku juga dihasilkan untuk memastikan keropok tersebut tahan lama daripada berkulat. Kepada peminat keropok lekor bolehlah dapatkan keropok lekor sejuk beku daripada kami hidangan keluarga anda.  


No comments:

Post a Comment